Friday, February 24, 2012

Result Final dan Aspirasi Nasional .




Assalamualaikum,

*entri kali ni dalam dwibahasa*


Usai solat subuh pagi tadi , aku terus tidur kembali mungkin akibat penat malam semalam tidurku tidak begitu lena. Result final yang dijangka keluar hari ini membuatkan aku sedikit gugup walhal hari biasa aku boleh saja berjalan segak sambil menutup sebelah mata ala Jack Sparrow.tapi bukan hari ini. Jam locengku berbunyi. Aku hampir mencampaknya keluar tingkap , nasib baik tingkap tertutup, tak jadilah aku nak mencampaknya. Lalu aku meletakkan jam locengku merangkap telefon aku jugak ke tepi. Terus aku pergi ke bilik mandi lalu ku tatap mukaku yang masih belum bersolek. Alhamdulillah kacak seperti biasa.*hatiku tergelak kecil* .

Nak dijadikan cerita, aku totally forgot result kuar hari ni selepas aku bangun tadi. Aku terus turun ke bawah dan duduk bersama ayahku yang sedang asyik menonton movie di kaca tv. (cerita omputih tentang double agent). After minum segelas nestum , fikiranku sudah segar kembali tidak mamai-mamai seperti mulanya tadi. Sedang aku asyik menonton movie itu tadi. Tiba-tiba androidku berbunyi.kring~ kring~ *ok tipu bunyi dia tak macam tu..haha*. tertera nama dongsaeng di screen androidku. Kaget juga mulanya , tak penah-penah beliau telepon , pasti ada hal yang tidak beres *getus hati kecilku*. Lantas segera aku angkat. Hello ! *perbualan seterusnya dirahsiakan untuk menimbulkan elemen saspen*.

Dipendekkan cerita, beliau telah menanyakan tentang result yang ketika itu aku masih terpinga-pinga maklumlah kan tadi sudah aku bilang aku terlupa result kuar hari ni. Setelah diberitahu result aku. Alhamdulillah yg mampu aku ucapkan. Result final aku kali ini,  aku telah mendapat "B". Tahniah juga aku ucapkan kepada dongsaeng. Usai mengakhiri bicara, segera aku membuka laptopku untuk mengetahui berita terkini. Ruangan twitter penuh dengan ucapan "congrats" dan "Tahniah" daripada pelajar MBBS tahun satu uitm terhadap satu sama lain. Facebook juga begitu. Aku segera pergi ke group MBBS 9TH BATCH UITM. Disitu sudah terdapat banyak maklumat-maklumat baru tentang jumlah pelajar yang mendapat "A" dan sebagainya.

Tidak lupa juga sistem pesanan ringkas (SMS) yang di hantar ke teleponku oleh tak lain dan tak bukan, budak yang paling kacak di MBBS sahabatku , Kamil aka KK memberitahu keputusan rakan-rakanku yang lain. Di sini aku ingin mengucapkan tahniah kepada Arif Sahimin yang telah mendapat A plus. Anda memang terbaik~ Tahniah juga kepada KK , Am , Burg , Bad , qbear dan sahabat MBBS yang lain. Syabas dan tahniah kepada Geng Blogger Perubatan UiTM (GeBU) atas keputusan masing-masing.Teruskan usaha anda kerana perjalanan kita dalam dunia perubatan ini baru saja bermula. *ada lagi 9 semester~*   ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

Therefore, I called upon all my colleagues to strive more and do our best for the next semester that will starts this Monday. I believe each of us has the potential to get an A* (A distinction) , what left is our effort. Let the vision 80/80 put by our dean become achievable by the end of our course. Let us join hand from today onward and move ahead together so that one day we will all become a successful doctor not just in this world but hereafter as well. InsyaAllah ! *Takbir* :)




p/s; hope our "little family" will still remain together even until we had graduated.

5 comments:

shazana salim said...

tahniah lahh buat abang kacak MBBS batch9. Huhuhuhu :p

dayanaazhar:) said...

tahniah taufiq, atas result cemerlang:)

Ahmad Taufiq said...

mekasihlah kalian sume.. :D

┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

#sentaphatimaknak~

Arif Sahimin said...

adeh! segan la sume org mention namaku dlm blog..malu lah adik!! *gedik*

p/s: tahniah ayat semakin menyentap..
p/ss: tahniah jugak kat ko.. ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

DR Rahmat said...

Gud job bro.. Gud luck for anothe 4 1/2 years..hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...