Monday, June 4, 2012

Acute Postinfectious Glomerulonephritis



Module : Urinary System


Definition:  

Acute postinfectious GN, one of the more frequently occuring glomerular disorders
typically caused by glomerular deposition of immune complexes resulting in diffuse
proliferation and swelling of resident glomerular cells and frequent infiltration of
leukocytes, especially neutrophils.



 Initial infection is localized to the pharynx or skin.


Morphology: 



Light microcopy : 
  • uniformly increased cellularity of the glomerular tufts
  • subepithelial "humps" nestled against the GBM (Glomerular Basement Membrane)
  • scattered granular deposits of IgG and complement within the capillary walls.

Pathogenesis : 
  • immune complex deposition is involved.
  • typical features: hypocomplementia and granular deposition of IgG and complement on the     GBM.
  • relevant antigens are probably streptococcal proteins.
  • unclear whether immune complexes are formed mainly in circulation or in situ.
  • C3 deposited on the GBM before IgG, the primary injury might be by complement activation. Thus, immune complexes are formed.



*hypocomplementia - diminution of complement levels in blood.


Exclusive : Tragedi 13 Mei 1969


Assalamualaikum w.b.t.

*entri khas untuk merungkai sebuah peristiwa sewaktu pembentangan titas tempoh hari*



Kita mulakan dengan kronologi tragedi 13 Mei 1969 :


  • —Peristiwa rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.

  • —Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

  • —Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.

  • —Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.

  • ——Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.

  • Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.

  • Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.

  • —Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.

  • —UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.



Kronologi di atas adalah fakta yang utama dikemukakan oleh kebanyakan pihak TETAPI...


Dr. Kua Kia Soong telah mengemukakan teori kedua bagaimana berlakunya tragedi 13 Mei dihuraikan dalam bukunya May 13 : Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969. Buku ini telah diterbitkan oleh Suaram (sebuah badan Hak Asasi) pada tahun 2007.Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London.


Di antara kandungan di dalam buku tersebut : 


  • Rusuhan 13 Mei bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh golongan tertentu di dalam UMNO sendiri sebagai satu cara untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman. 
  • Agendanya adalah untuk memastikan golongan yang di panggil 'ascendant Malay state capitalist class' menguasai politik dan ekonomi di Malaysia. 
  • Antara mereka yang bertanggungjawab melakukan perancangan itu ialah Tun Abdul Razak , Tun Dr. Ismail Abdul Rahman , Harun Idris dan Ghazali Shafie. 



          Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita di bentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik.


          Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmonian dan kesejahteraan negara. Hal ini menyebabkan tercetusnya peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. 


          Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara.


Maka jelaslah bahawa politik berasaskan perkauman ini tidak membawa negara kita kemana-mana. Justeru , sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negaranya , saya menyeru agar politik berasaskan perkauman ini dihentikan! Ayuh bersama-sama berganding bahu tidak mengira kaum untuk meningkatkan dan membangunkan Malaysia di persada dunia.


p/s : thanks for reading this entry ^^ *SAY NO TO RACISM*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...