Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, dah dua bulan blog ni ditinggalkan berhabuk bahkan jika ada sekoloni 'bacteria' sudah pasti hampir cukup untuk di'culture'kan dalam blood agar. Aneh bukan? Dulu begitu enthusiastic untuk menulis tetapi sekarang tak lagi. Faktor kekekangan masa mungkin. Tapi Alhamdulillah malam ni terdetik pula nak menulis kembali. Kalian yang saya kasihi, semalam kita menyambut maulid nabi bukan? sedikit sebanyak apabila mendengar kisah Rasulullah s.a.w, hati mula merasa sayu. Alangkah indah jika dapat hidup di zaman baginda. Bersama-sama dengan baginda untuk memperjuangkan syiar Islam. Melalui setiap detik bersama baginda. Ya, mungkin ada hikmah jua mengapa tidak dijadikan sedemikian rupa. Dan mungkin anda hikmah jua lah aku di sini hari ini sebagai pelajar perubatan.
Hidup sebagai pelajar perubatan bukan lah begitu "Gah" seperti sesetengah orang fikirkan. Malahan ia penuh dengan ujian dan halangan yang harus ditempuhi. Sebagai contoh, petang semalam, aku baru saja usai menjalani progress test modul Central Nervous System II. Suatu progress test yang di mana batch kami di minta oleh dekan untuk berikrar dapatkan "A". Jangan di tanya bagaimana soalan tadi, nak vertigo aku menjawabnya. Tapi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat aku. Keputusannya aku serahkan pada Yang Maha Esa.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Surah Al-imran : ayat 159)
Dalam tempoh dua bulan ni, banyak perkara
yang telah berlaku sehingga tak berkesempatan untuk aku sisipkan di sini.
Banyak jua pengajaran dan ibrah yang aku dapat dalam tempoh tersebut. Isu
Palestin akhir-akhir ni membuatkan aku tersentap dan lebih sentap lagi apabila
mendengar PM kita sendiri pergi ke Gaza. Jangan di tanya isterinya di mana? Ada
lah di rumah, tak kan nak ke sana. Nanti orang fitnah gila publisiti pula.
Haha. Okay, berbalik kepada 'roda' kita tadi. Dua bulan sebelum ini dan
sekarang amat berbeza. Kalau dulu aku mencari sesuatu tetapi sekarang aku dapat
rasakan sesuatu tu telah hampir ku temui. **Tidak ada kena mengena dengan gadis
X, Y atau Z semacam blog kamil. #SilaTerasa :p
Apa yang aku ingin sampaikan ialah tentang
Islam. Ya, cara hidup Islam itu lah yang aku cari. Ketenangan didalamnya jualah
yang ingin aku nikmati. Dan syahid diakhirnyalah yang aku dambakan. Namun, aku
masih lagi dalam proses mencari. Di setiap sisi aku saksikan semakin ramai yang
mendekati Islam. Lihatlah pada Mesir, Lihatlah pada Palestin, Lihatlah pada
artis kita sendiri yang berubah. Ya, hidayah itu milik Allah tetapi ia haruslah
jua diiringi dengan usaha kita mendapatkannya. Di sekeliling aku, aku dapat
lihat potensi doktor-doktor mukmin yang bakal merubah dunia kini dan
Alhamdulillah, aku bersyukur mendapat sahabat seperti mereka.
Semalam hari jadi Mahdi, seorang sahabat
aku yang kami gelar murabbi. Sedikit pendiam orangnya tetapi manis senyumannya.
Selamat Hari Lahir aku ucapkan sekali lagi. Semoga terus istiqamah berada
dijalanNya. Aku yakin dah percaya inilah masa yang tepat untuk berubah, mengambil
satu langkah penuh keazaman. Umur tahun ini akan memasuki 21 tahun. Ustazah aku
dulu pernah berkata kalau nak berubah jangan ditangguh-tangguh.Kalau tak
sekarang, bila lagi betul tak?
p/s: Aku masih mempunyai banyak kelemahan,
jika ada silap dan salah janganlah menghina mahupun mencaci, bimbinglah! kerana
aku perlukan bimbingan itu. Jika perlu tegur,tegurlah! :)
p/s II: InsyaAllah, target nak dapatkan
'A' untuk module Urinary dan kalau lebih, lagi baik.. :D
p/s III: tidaklah aku mencari X atau Y,
mungkin Z memadai. *abaikan* Haha :p
p/s IV: Ukhwah fillah ^^
Terminology:
Blood agar - sebuah medium yang digunakan
untuk membiak bacteria.
Vertigo - perasan pening seperti
berputar-putar.
Thanks for reading! :))
1 comment:
Moga istiqamah ya akh.InsyAllah pertolonganNya sentiasa ada bg yg ikhlas dan tekad =)
Post a Comment