Sunday, March 4, 2012

MM: Meroyan Malam #1


Assalamualaikum, Hye !!!!!!!!!~ *sentap*

Pukul empat pagi, tatkala hampir keseluruhan manusia sedang nyenyak tidur di buai mimpi melainkan aku tetap di sini melatonin penuh di kerangka otak , berhempas pulas menyiapkan soalan sgs yang bertimbun banyaknya. Sesekali terasa juga seperti nak termuntah , berpinau di pukul ombak "tsunami" yang deras. Malam yang dingin sesekali terdengar bunyi salakan anjing serupa serigala jadian Jacob. Mahu sahaja aku lari ke bilik menutupi seluruh tubuhku dengan selimut. Namun , soalan sgs bagaikan menarik rambutku hingga ke ubun-ubun , mencantas tangan dan kaki , menerjah segenap tubuhku daripada bergerak melainkan menyiapkannya. Bunyi papan kekunci "ketap.. ketap.. ketap.." laju di taip seperti impak terjunan seorang lelaki melakukan bungee jumping. Terkadang tersentap jua aku dengan kehadiran bunyi yang mengagumkan itu.Semakin aku asyik menulis , semakin itulah deria untuk menyiapkan soklan sgs kuat mengatakan BERHENTI !. Justeru , sebelum terlambat bukankah lebih elok kalau aku menamatkannya di sini ? *monolog dalaman*

Baiklah ,sampai di sini saja warkah dariku pada malam ini, mungkin pada hari mendatang akan ada warkah yang lain. Aku kata "mungkin" kerana "mungkin" itu subjektif. Sungguhpun begitu aku ingin menguar-uarkan kemunculan segmen terbaru yang bakal diwujudkan di dalam blog ini. Segmen "suatu ketika dahulu" dan "You Ask , I'll Answer". Akan datang di pawagam yang berdekatan . Nantikan !~ *gerenti pecah panggung kalah Dr. Rosmey (DDR)*

mood - sambung siapkan sgs  ┐('⌣'┐) ... (┌'⌣')┌

p/s : "kerangka otak" merupakan perkataan yang tidak pernah wujud dan salah dari segi tatabahasa dan tatasusila. Pesanan khidmat masyarat ini dibawakan khas untuk anda oleh GeBU. "Seri sepanjang usia !"

p/s II :  Remind me not to update my blog early in the morning ever again ! unstable mind~~ :DDD

1 comment:

kamilkamaruddin said...

serius meroyan ko hebat gila.

aku ingt amar doh~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...