Saturday, November 26, 2011

Blog dan Tamadun. . .


Suatu Ketika Dahulu...

Assalamualaikum,

                      Entri kali ini akan merungkai satu persatu persoalan yang bermain-main di benak fikiran kalian. Ya , sepertimana tajuknya Blog dan Tamadun , aku akan menulis serba sedikit tentang bagaimana blog ini boleh wujud atau lebih tepat lagi sejarah kewujudan blog ni. (Pengaruh TITAS telah menyebabkan aku tulis entri ni..haha).

Sejarah Awal Kewujudan Blog :

                      Hmm..kisahnya bermula begini....(jika versi bahasa inggerisnya - It all started when...) sila sambung ayat di atas tidak kurang daripada 500 patah perkataan..HAHA.. (Ketawa sopan).
Okay , berbalik kepada tajuk kita tadi , blog ini telah didaftarkan semenjak Oktober 2008 lagi. Namun begitu , entri pertamanya bertajuk "Taufiq's homecoming" hadir pada 7 November 2008. Maka dari detik dan saat itu secara rasminya aku menjadi seorang blogger yang tampan lagi macho.

Pencetus Inspirasi :

                     Jadi siapakah yang telah menjadi sumber inspirasi untuk aku mula menulis blog ini? *drumroll* Terdapat dua orang sebenarnya , mereka adalah Siti Nadia binti Hasnan dan Nabil Harith bin Mohd Najib. Kedua-dua adalah sahabat baik aku semenjak dari sekolah menengah lagi. Persahabatan kami menjadi lebih akrab ketika kami memasuki tingkatan tiga (3 Jaya).Pada perkiraan aku ketika itu ,gaya penulisan mereka yang kreatif , menarik dan matang  yang telah membuatkan aku tertarik untuk menulis blog. (masing-masing kembang hidunglah lepas ni..hahaha)

Pemilihan Nama Blog :

                 Bagi pemilihan nama blog ini sebenarnya berlaku sejak akhir tingkatan tiga lagi. Waktu tu aku dan nabil tengah berjalan-jalan lepas habis makan dekat kantin sekolah menuju  ke bilik darjah. Then suddenly , it strikes me...ZAPPP!! "hijrahseorangmukmin.blogspot.com." Sebenarnya , nabil harith lah yang sedang ketika itu bercerita tentang blog dia dan menghasut mengajak aku untuk berkecimpung dalam dunia blogging ni.

Penggunaan Bahasa :


                   Pada mulanya blog ini di tulis dalam bahasa Inggeris supaya ianya setaraf dengan bahasa antarabangsa dan mampu untuk menembusi pasaran luar negara. (gaya macam nak jual produk pulak..haha). Kemudiannya , setelah mengambil kira sudut-sudut tertentu dan untuk memperkasakan lagi bahasa ibunda , blog ini telah bertukar menjadi dwibahasa yakni akan ada entri dalam bahasa inggeris dan juga bahasa melayu. Entri pertama dalam bahasa melayu ialah entri khas : Ihya Ramadhan pada 29 julai 2011 , di mana aku telah menyatakan hasrat untuk merombak bahasa yang digunakan di dalam blog ini.

Misi dan Visi Blog :


                     Antara kandungan yang terdapat di dalam blog ini merangkumi isu-isu semasa (dalam dan luar negara) , pengalaman hidup aku , nilai-nilai islamik , pendapat peribadi , erti persahabatan , kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan , politik (neutral) dan sebagainya. (Anda boleh lihat dan baca entri dalam blog ini untuk mengetahui lebih lanjut). The most important things is "I'm here to inspire and to be inspired". -Taufiq-

Fans dan Follower :


                         Jumlah terkumpul setakat ini ialah 284 follower...hm..not so bad lah kan. *sedapkan hati*. Matlamat utama penubuhan blog juga tercapai kerana statistik menunjukkan masyarakat luar negara juga turut mengunjungi blog ini cuma tak jadi follower je tetapi tak mengapa , mungkin mereka menjadi "silent reader" seperti kebanyakan pelawat-pelawat yang mengunjungi blog ini. Walau apapun , aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tidak henti-henti memberi sokongan dan dokongan walaupun di sebalik tabir. Really appreciate it and kalau boleh berilah input dan komen-komen anda yang membina supaya blog ini boleh "improve" lagi pada masa hadapan.
(^_^)

Kaitan Blog dan Tamadun :

                  Dewasa ini , kita dikejutkan dengan media baru iaitu blog , yang telah melonjak naik sebagai wadah yang amat berkuasa. Hal ini dapat di lihat bagaimana kewujudan blog-blog ini yang telah menjadi media alternatif menggantikan media perdana seperti surat khabar dan televisyen mahupun radio. The popular uprising of the Egyptian people can be a good example. Contoh lain ialah Pilihan raya ke dua belas (PRU-12) dimana parti politik pembangkang telah berjaya merampas beberapa buah negeri di Malaysia dan juga telah mengurangkan majoriti 2/3 parlimen yang dimiliki sebelum ini oleh kerajaan. Pihak pembangkang telah menggunakan media alternatif seperti blog untuk menyampaikan mesej dan manifesto mereka. 

                 Selain itu , kewujudan blog-blog ini telah mengubah pemikiran rakyat Malaysia yang menjadi semakin matang dan celik IT. Manakala , isu luar negara seperti isu pencerobahan rejim Zionas terhadap penduduk Palestin juga dapat disampaikan dengan pantas. Perkembangan peristiwa letupan di loji Nuklear Fukushima , info sukan seperti kemenangan pasukan Malaysia baru-baru ini dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA , dan sebagainya dapat diketahui lebih awal melalui blog-blog ini. Pendek kata , blogger seperti wartawan bebas yang melaporkan apa sahaja isu yang berlaku samada dalam dan luar negara.

                 Kesimpulannya, kewujudan blog mampu untuk mencorak tamadun sesuatu bangsa dan negara.Oleh itu , aku ingin sekali menjadikan blog aku ini sebagai sesuatu yang berfaedah dan bukannya blog picisan.

Latarbelakang Empunya Blog :


                  Last sekali baru teringat nak memperkenalkan diri..haha..okay, nama di beri Ahmad Taufiq Bin Hanif Salihudin. Dilahirkan pada 15 September 1992 . Berasal dari Klang , Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah (STAR). Sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di UiTM Shah Alam. Masih single and available..HAHA. Cintakan Tanah Air dan masih mencari hidayah Allah S.W.T. Seorang yang optimis , berkeyakinan , sentiasa bermuhasabah diri , lucu (ye ke? haha) ,benci kepada racism , assabiah dan seangkatan dengannya , percaya bahawa perpaduan di dalam negara dapat di capai berteraskan prinsip-prinsip Islam. Jika ingin mengetahui lebih lanjut boleh lah mengenali diri ini. Sekian.  Wallahu a'lam.

fokus kepada kain samping yang senget..haha


p/s : thanks for reading this entry.

4 comments:

kamilkamaruddin said...

untung lha ada multirace fren...=,="
oh,politik neutral..sacastic !

RNS said...

Seronok jugak bila kita recall balik macam mana tercetus nak tulis blog. Dari situ kita dapat tengok progress penulisan dari dulu sampai sekarang kan? Suka baca blog ni. Keep up writing ya! RNS setia membaca hehe ;)

Nabel said...

best entri ang kali ni. haha
aku la punca nya ye?
haha.

Ahmad Taufiq said...

Kamilkamaruddin : Untunglah KK hotstuff..hahaha

RNS : btol3~ (upin ipin). bila bce balik entri2 lama , sedikit sebanyak mengimbau masa lampau. haha. thanks sudi baca ! :D

Nabel : Wah! pencetus inspirasi sudah kuar.Haha.Lama tak dgr cite dr ang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...